Rabu, 10 April 2013

◕ Tangisan LELAKI ◕




Lho kok laki laki bisa  nangis juga...ya iyalah”laki-laki juga manusia kale punya perasaan..hehhe ^_^”

Tahukah kalian, Lelaki sebenarnya jauh lebih sering MENANGIS?
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya…

Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.

» Lelaki menangis kerana tanggungjawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak utama dalam rumah tangga.Menjadi pengawal Tuhan bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.

» Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.

» Lelaki menangis dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.

» Lelaki menangis dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh.

» Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat.

» Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari.

» Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki.

» Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri.

» Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya.

Namun..
Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya apabila sendirian.. menyadari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah.

Pandanglah Ayah..
Pandanglah Suami..
Pandanglah Saudara lelaki..
Sesungguhnya syurga Allah berada di dalam keredhaan mereka
..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar